Encik Lim Soon Quee
กก
Kata Aluan-aluan Guru Besar
************************Penguasaan kemahiran komputer dan peningkatan keupayaan
teknologi maklumat merupakan satu keperluan kepada setiap individu
bagi menghadapi cabaran abad ke-21 untuk mewujudkan sebuah
negara yang maju menjelang tahun 2020.Oleh itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan Lembaga
Jemaah Pengurus telah menyediakan sebuah bilik komputer yang
berhawa dingin yang dilengkapi dengan 20 buah komputer. Bilik
komputer ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG, Encik Khaw Kwee
Huat dan Pengerusi Lembaga Jemaah Pengurus, Encik Lua Chong Hoe
pada 3.11.1997.Untuk menimbulkan minat pelajar terhadap komputer, mata
pelajaran komputer telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras untuk
murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah kami.Kini, sekolah kami sedang berusaha mengadakan laman web kami
(homepage) sendiri. Semoga pengisian data dan maklumat dalam
laman web akan membantu ibu bapa, bekas murid sekolah dan pihak
lain yang ingin memperolehi maklumat yang diperlukan, dan
seterusnya mengetahui perkembangan sekolah kami dari masa ke
semasa.Pihak sekolah akan berbesar hati sekiranya anda dapat memberi
pandangan dan cadangan yang kreatif untuk membantu memperbaiki
dan meningkatkan mutu laman web sekolah kami.Selamat Maju Jaya.
Terima kasih.
Lim Soon Quee,
Guru Besar SJK(C) Lok York,
82200 Benut, Pontian, Johor.
9.10.1998