PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
WISMA PENDIDIKAN PONTIAN
JKR 1927P, Jalan Alsagoff,
82000 Pontian,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-6876877
Kata Alu-aluan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
merakamkan sepatah dua kata sempena pelancaran Homepage Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Lok York, Benut di Internet. Syabas dan tahniah kepada semua
pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini. Pelancaran Homepage Sekolah
Lok York ini menunjukkan wujudnya sikap yang positif dan proaktif di kalangan
staf Sekolah Lok York. Masyarakat bermaklumat amat penting untuk kita menjadi
peneraju dalam era Teknologi Maklumat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri :
"Computer literacy is a must, if we want to progress and delevop. No effort must be
spared in the creation of an information-rich Malaysia society."
Sesungguhnya, banyak perubahan positif sedang berlaku dalam sistem pendidikan
kita dengan wujudnya teknologi maklumat. Kerajaan Malaysia sedang melancarkan
satu reformasi Sistem Pendidikan Malaysia dengan menggunakan Teknologi Multimedia.
"Sekolah Bestari" telah dipilih untuk memimpin perkembangan MSC. Sekolah Bestari
bertujuan membentuk pemikiran generasi baru kita untuk bersedia menerima cabaran era
Teknologi Maklumat. Sekolah seluruh negara perlu bersedia untuk perubahan ini.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" TEKNOLOGI KE ARAH PENDIDIKAN BESTARI"
Yang menjalankan tugas,
Tuan Haji Umar Bin Kamari
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.