กก

luye.gif (1301 bytes)

Sejarah Sekolah


luye.gif (1301 bytes)

        Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lok York Benut ditubuhkan
pada tahun 1921 dengan menyewa sebuah rumah di Jalan Hussein Benut untuk dijadikan bilik darjah.

        Pada tahun 1927, masyarakat Cina Mukim Benut menderma wang untuk mendirikan bangunan sekolah sendiri di Jalan Abdul Jalil, Benut.

        Pada tahun 1942 hingga 1945, sekolah ini ditutup kerana pemerintahan Jepun. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 setelah Jepun menyerah diri.

        Pada tahun 1953, oleh kerana bangunan sekolah ini sudah buruk, maka penduduk-penduduk masyarakat Cina Mukim benut sekali lagi mengorbankan tenaga, masa dan wang untuk mendirikan bangunan baru separuh kekal sekolah ini iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini.

        1921 hingga 1950 : Perbelanjaaan ditanggung oleh Jemaah Pengurus.

        1951 hingga 1957 : Dapatkan bantuan separuh kerajaan.

        1958 hingga kini   : Dapat bantuan penuh kerajaan.

          Pada tahun 1982, sekolah kita dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai sekolah Percubaan Pelaksanaan Sistem Kurikulum 3M antara 8 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.   Pada akhir tahun yang sama, Guru Besar, Guru Penolong Kanan da beberapa orang guru yang lain telah dihantar ke Maktab di Johor Bahru untuk menjalani Kursus Kurikulum 3M.   Selaras dengan itu, pihak PIBG dan Lembaga Jemaah Pengurusan melancarkan pendermaan untuk membina sebuah perpustakaan.  Ia siap dibina pada tahun 1983.

      Pada tahun 1991 bulan Mei Timbalan Menteri Pendidikan Dato Fong Chin Onn merasmikan upacara pecah tanah bagi pembinaan dewan sebaguna.  Pada tahun yang sama, Menteri Besar memperuntukkan RM25,000 untuk pembinaan Bengkel Kemahiran Hidup, memperbaiki asrama kakitangan dan pagar.

      Pada tahun 1993, sekolah kita mendapat lebih banyak peruntukan untuk pembinaan koridor berbumbung, taman bunga kemahiran hidup, memperbaiki asrama guru dan menambahkan kemudahan dan peralatan sekolah.  Di samping itu, sekolah kita telah mencapai keputusan UPSR yang amat menggalakkan bagi matapelajaran Matematik mendapat 100% kelulusan dengan 3 tahun berturut-turut antara tahun 1991 hingga tahun 1993.  Lantaran itu, sekolah kita juga berjaya mendapat hadiah kecemerlangan bagi matapelajaran Matematik peringkat kebangsaan dan wang tunai sejumlah RM1,500 dihadiahkan untuk membeli buku-buku bacaan perpustakan.

     Pada tahun 1995 Menteri Besar dan Kementerian Pendidikan memberi peruntukan untuk membeli komputer, sebuah mesin fotostat, dan pembinaan jalan bertar oleh JKR.  Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga memperuntukkan RM100,000 untuk pembinaan 4 buah bilik darjah dan pembaharuan wayar sekolah.

      Lembaga Jemaah Pengurusan mendapati dewan sekolah  (40'x90'x60') saiznya sempit.  Oleh itu, perancangan pembinaan dewan tinggi 25 kaki, lebar 50 kaki dan dalam 120 kaki.  Pada 30hb Ogos 1995 dewan tersebut siap dibina dengan menelahi kira-kira RM1000,000, antaranya RM50,ooo ini diderma oleh keluarga kwek yang telah meninggal dunia.

      Pada tahun 1996, PIBG dan lembaga Jemaah Pengurusan membelanjakan RM40,000 untuk pembinaan sebuah bilik darjah dan bilik kerani.  Pada tahun yang sama, bulan Disember, sejumlah kira-kira Rm50,000 dibiayai untuk pembinaan kantin baru ( 60'x30').  Ia siap dibina pada bulan Februari tahun 1997.

     Di bawah Rancangan Malaysia Ke 7, bangunan sekolah bertingkat tiga dibina pada tahun 1998.  Tapak tanah sekolah seluas kira-kira 4 ekar ini memerlukan sejumlah dana yang lumayan untuk dimajukan.  Justeru itu bagi menyahut Wawasan Pendidikan 2020, para pelajar digalakkan melengkapkan diri dalam bidang kemahiran komputer demi menguasai ilmu baru dan memenuhi keperluan era baru.  Oleh demikian, kemudahan fizikal sekolah seperti pembukaan kelas komputer dan projek memperluaskan dewan sekolah serta perancangan lain telah diutarakan.  Sehubungan dengan itu, pada 28hb. Julai 1997, PIBG dan Lembaga Jemaah Pengurusan telah berganding bahu dengan penerbit akhbar Nan Yang Sang Pao seta Syarikat Calsberg, mengadakan "Konsert Sepuluh Bintang Utama" untuk menjalankan pengumpulan dermaan dana pembangunan sekolah.  Konsert ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan orang ramai baik penduduk tempatan mahupun golongan daripada bekas pelajar sekolah kita.   Kira-kira sejumlah RM400,000 telah dikumpulkan.

     Pada tahun 1997 bulan Mac, sukaneka kali pertama diadakan. Pada tahun yang sama, 22hb. Mei, Kem Lawatan Sambil Belajar dijalankan.   Perasmian bilik komputer dilakukan oleh En Lua Chong Ho dan En. Khaw Kwee Huat.   Pada 11hb. November tahun 1998, murid-murid dari darjah 1 hingga 6 akan mengadakan kelas komputer setiap minggu 2 waktu selama sejam.  Selain itu, hal-ehwal Pengurusan sekolah akan beransur-ansur menuju ke arah penggunaan komputer, ia termasuk pentadbiran perpustakaan .

     Pada 12hb. Mei, Kementerian Pendidikan memberi peruntukan untuk pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat yang mempunyai 18 buah bilik darjah, perbelanjaannya merangkumi juta ringgit yang dirancang siap pada 15hb. 1999, sebanyak 25 buah SJK (C) didaerah Pontian sama-sama Majilis Pelancaran Laman Web, pengurus Lembaga Jemaah Pengurusan En Lua Chong Ho telah merasmikannya.  Pada 27hb. Februari, sukaneka kali kedua diadakan.  Pada 29hb. Ogos, PIBG dan Lembaga Jemaah Pengurusan -   Lok York bersama Persatuaan Yong Chun mengadakan pertandingan bola keranjang.

     Pada 16hb. Mei 1999, PIBG dan Persatuan Buddha Benut mengadakan Pertandingan melukis bagi menyambut Hari Wesak.  Pada tahun yang sama, sekolah kita menjadi tuan rumah bagi kejohan MSSR Olahraga Zon Benut kali ke 32.  Pada 22 dan 23hb. Mei, Kem Motivasi UPSR dijalankan selama 2 hari.  Pada bulan Julai pula, bangunan tiga tingkat siap dibina dan murid-murid dipindah masuk ke bilik darjah baru.  Pada 28hb. dan 29hb, PIBG mengadakan Pertandingan Ping Pong Terbuka yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

     Pada 23hb. April 2000, sukaneka kali 3 diadakan.  Pada bulan Mei cuti persekolahan, sekolah kita menganjurkan Kem Motivasi UPSR peringkat Zon Utara SJK (C).  Pada bulan Julai, sekolah kita sekali lagi menjadi tuan rumah Kejohanan MSSR Olahraga Zon Benut kali lagi menjadi tuan rumah Kejohanan MSSR Olahrga Zon Benut kali ke 33.  Sekolah kita mendapat Johan Keseluruhan dalam kejohanan Olahraga ini.  Di samping itu, sekolah kita juga memperolehi olahragawati terbaik bagi kumpulan pelajar perempuan di bawah umur 10 dan 12 tahun.  Pada bulan Oktober, tender untuk merobohkan bangunan lama diadakan dan bulan Oktober bangunan lama mulai dirobohkan.  Akhirnya pada 6hb. November Budaya Malam kali kedua diadakan.

     Pada 11hb. Februari 2001, sukaneka kali 4 diadakan. Pada 11hb. Julai, sekolah ini telah mengadakan  Pertandingan Sketsa Sains Peringkat Sekolah Rendah Daerah Pontian 2001, yang kali yang pertama dilaksanakan di Pontian. Pada 28hb. Julai 2001, Majlis Guru-Guru Sekolah Cina Zon Utara Pontian, telah mengadakan Kem Motivasi UPSR di sekolah ini, 11 buah sekolah telah menyertai dalam Kem ini.

     

         

                                                                                                                                                  

                                                                                                                                              back2.gif (3262 bytes)


line.gif (2824 bytes)

กก

กก